afeavrental4

AFEAVRENTAL DI MAJLIS PERASMIAN PROJEK YSS-SME BANK

AFEAVRENTAL DI MAJLIS PERASMIAN PROJEK YSS-SME BANK

Pada 26 Oktober 2019 (Sabtu) yang lalu, team AFEAVRental berada di Kampung Jenderam Hilir bagi menyediakan keperluan PA Sistem untuk Majlis Perasmian Projek YSS-SME Bank Perpustakaan Mini Kampung Jenderam Hilir.

 

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi YSS beserta YBrs. Cik Aiza Azreen Ahmad, Ketua Pegawai Strategik Kumpulan, SME Bank.

Kami menyediakan :
1. PA sistem (Set 2 Speaker)
2. 1 unit rostrum
3. 3 unit Khemah (20′ x 20′)
4. Kerusi & Meja
5. Mini Stage
6. Kipas


Terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menggunakan servis kami.

 

afeavrental-rdcbiz-3

AFEAVRental di RDCBIZ 2019

AFEAVRENTAL DI RDCBIZ 2019

Alhamdulillah, selesai sudah RDCBIZ 2019 yang berlangsung selama 3 hari di Everly Hotel, Putrajaya.

RDCBIZ 2019 yang berlangsung dari 22 sehingga 24 Oktober 2019 itu adalah anjuran bersama Regional Development Community (RDC) Berhad dan Muslim Business Network Association Of Malaysia (MUBIN).

Kami di AFEAVRental menyediakan keperluan Audio, Visual dan Lighting sepanjang konvensyen berjalan. Antaranya adalah :
– Set PA sistem
– Digital mixer
– Wireless mic
– Multi camera production (3 camera)
– Lighting

Terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menggunakan servis kami. Bagi anda yang mencari keperluan audio, visual mahupun lighting untuk majlis anda, boleh hubungi kami ya!

Antara gambar yang lain.

  

  

Kredit : Facebook RDCBiz 

afeavrental-korean-day-1

AFEAVRental Meriahkan 2019 Korea Day Festival

AFEAVRENTAL MERIAHKAN 2019 KOREA DAY FESTIVAL

Pada 4 Oktober – 6 Oktober 2019 (Jumaat – Ahad), team AFEAVRental berada di kawasan Pintu Masuk Selatan IOI City Mall, Putrajaya bagi menyediakan keperluan PA sistem untuk 2019 Korea Day Festival yang diadakan di situ.

Bergegar pintu masuk belah selatan IOI City Mall, Putrajaya dengan bunyi yang dihasilkan oleh PA sistem kami. 😄😄

Kami menyediakan PA sistem yang terdiri daripada :
– 2 unit top speaker
– 2 unit subwoofer
– 2 unit monitor speaker
– 1 unit digital mixer

Festival ini adalah anjuran Korean Society in Malaysia dengan kerjasama pelbagai organisasi dari Korea. Ia juga diadakan bersempena dengan ulangtahun hubungan diplomatik Korea-Malaysia yang ke-60 tahun pada 2020.

Sepanjang 3 hari majlis tersebut, kami memasang playback lagu-lagu Korea dan juga secara tidak langsung menjadi semi-formal MC pada hari Sabtu dan Ahad.

Ini merupakan kali ke-2 pihak Korean Society in Malaysia menggunakan servis kami. Terima kasih di atas kepercayaan yang diletakkan kepada servis kami di AFEAVRental. Kami akan terus mencuba untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami! 😊

“Memenuhi Keperluan Audio Visual Untuk Majlis Anda”