cny

PENUTUPAN OPERASI SEMPENA TAHUN BARU CINA 2020

Assalamualaikum semua..

Kami di Muazzin AV Retail & Services Sdn Bhd dan Group of Services ingin mengucapkan

β€œSELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2020”

Gong Xi Fa Chai, Xien Nin Quai Ler! 😊

Semoga cuti yang ada ini dapat dimanfaatkan bersama keluarga, rakan-rakan dan orang yang tersayang.

Bagi yang dalam perjalanan pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat tiba ke destinasi yang dituju.

Bersempena dengan cuti Tahun Baru Cina 2020 , kami akan menutup operasi syarikat pada tarikh berikut :

Tarikh : 25 & 27 Januari 2020 (Sabtu & Isnin)

Kami hanya akan beroperasi semula pada hari Selasa (28 Januari 2020) inshaaAllah

SELAMAT TAHUN BARU CINA! 😊

Ikhlas daripada kami,

Muazzin AV Retail & Services Sdn Bhd and Group of Services,
www.alunanfirdausi.com
www.pasystemmasjid.com
www.afeavrental.com
www.djislamik.com

#happychinesenewyear #CNY #alunanfirdausi #afepasistem #afeavrental #afedjislamik #afe

ausjakarta

KEBAKARAN DI AUSTRALIA DAN BANJIR DI JAKARTA

Baru-baru ini satu dunia digemparkan dengan bencana besar yang melanda dua buah negara iaitu Australia dan Indonesia.

Kebakaran di Australia melibatkan beberapa buah kawasan antaranya termasuklah New South Wales, Victoria dan juga Sydney. Kebakaran ini adalah antara yang teruk pernah berlaku di negara itu. Banyak haiwan terkorban serta harta benda yang musnah di dalam tragedi ini.

Semoga rakyat Australia bertabah dan sabar di atas apa yang berlaku. Dimaklumkan juga baru-baru ini hujan turun di kawasan Victoria dan juga selatan New South Wales. (Sumber : Nine News Australia Youtube) Semoga dengan hujan yang turun dapat sedikit sebanyak membantu pihak berkuasa Australia dalam usaha memadamkan api kebakaran ini.

Tidak dilupakan juga buat saudara kita yang berada di Indonesia diuji dengan banjir besar yang melanda kawasan Jakarta, Banten dan juga Jabar. Setakat 5 Januari 2020 , jumlah korban bertambah menjadi 60 orang. (Sumber Badan Nasional Penanggulangan Bencana – BNPB)

Marilah sama-sama kita mendoakan agar urusan saudara kita dipermudahkan di sana. Semoga kalian tabah dan sabar di atas ujian ini.

Sumber :
Kebakaran di Australia : https://youtu.be/4FBSV0y_ozY
Banjir di Indonesia : https://www.bbc.com/indonesia/indonesia-50962493

#australia #indonesia

bukasekolah

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!

2 Januari 2019

Tahun baharu 2020 dah pun tiba. Hari ini sudah pasti ramai yang teruja terutama adik-adik kita yang buat pertama kali memulakan sesi persekolahan. Tidak kira peringkat pra-sekolah, taska, sekolah rendah mahupun menengah.

Buat adik-adik, selamat menjalani sesi pembelajaran dan terus cemerlang dalam apa juga yang dilakukan , akademik mahupun kokurikulum. Tidak lupa juga kepada semua guru, selamat menjalankan tugas menabur bakti kepada anak bangsa kita. πŸ’ͺ🏼

Akhir kata, kami di Muazzin AV Retail & Services ingin mengucapkan,

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH! 😊

#selamatkembalikesekolah #alunanfirdausi #afepasistem #afedjislamik #afeavrental #afe