prayfornz

Pray for New Zealand

SERANGAN KE ATAS MASJID DI CHRISTCHURCH, NEW ZEALAND

Pada hari Jumaat yang mulia (15/3/2019), satu dunia dikejutkan dengan tragedi serangan yang berlaku ke atas dua buah masjid di Christchurch, New Zealand.

Seramai 40 orang terbunuh dan 20 orang lagi tercedera ketika serangan yang berlaku sekitar jam 1.40 petang.

Perdana Menteri New Zealand turut menyifatkan hari tersebut sebagai ‘hari yang paling gelap buat New Zealand.’

Kami mengucapkan takziah bagi keluarga mangsa yang terlibat dengan kejadian ini.. Semoga mereka semua ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.. Al-fatihah..

Diharapkan kepada semua agar tidak berkongsi atau menyebarkan video insiden tersebut. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga telah mengeluarkan kenyataan berhubung insiden ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh baca di : https://www.mcmc.gov.my/media/press-releases/jangan-sebar-atau-kongsi-rakaman-video-insiden-tem

Sebaliknya, marilah kita berdoa supaya tiada lagi insiden kekejaman yang berlaku dalam masyarakat kita tidak kira walau dimana kita berada.

Semoga dunia kita terus aman damai, inshaaAllah..

calon-spm

Tahniah Buat Semua Calon SPM 2018

TAHNIAH BUAT SEMUA CALON SPM 2018!

Kami di Muazzin AV Retail & Services ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 di atas keputusan yang dikecapi. 😊

Anda telah lakukan sehabis baik di atas usaha kalian dan ini hanyalah permulaan. Kami doakan agar anda terus cemerlang di dalam apa sahaja yang anda lakukan.

Selamat maju jaya! 💪🏼

Ikhlas dari, 
www.alunanfirdausi.com
www.pasystemmasjid.com
www.djislamik.com
www.afeavrental.com

 

postpasir

Pray for Pasir Gudang

PRAY FOR PASIR GUDANG

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pencemaran kimia yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang mengakibatkan sekolah-sekolah berdekatan diarahkan tutup. Pencemaran ini telah menyebabkan pelajar sekolah terdedah kepada bahaya dan masalah kesihatan yang membimbangkan.

Terkini, sebanyak 111 sekolah di daerah Pasir Gudang telah diarahkan tutup bagi mengelakkan situasi menjadi lebih parah.

Semoga pihak bertanggungjawab di atas kejadian ini dihadapkan ke muka pengadilan. Bukan sahaja kesannya terkena pada manusia, alam flora & fauna juga terjejas sama.

Kami di Muazzin AV Retail & Services mendoakan agar masalah ini dapat diatasi dengan segera supaya masyarakat di Pasir Gudang dapat menjalani kehidupan seperti biasa. InshaaAllah..

Mendoakan komuniti Pasir Gudang dari jauh,
www.alunanfirdausi.com
www.pasystemmasjid.com
www.djislamik.com
www.afeavrental.com

 

9613e2bd-3158-40b0-9218-79105c427f41

AFEAVRental di Surau Al Hidayah, Bandar Saujana Putra

Pada 9 Mac 2019 (Sabtu) team AFEAVRental berada di Surau Al Hidayah, Bandar Saujana Putra bagi menyediakan keperluan PA Sistem untuk Forum Perdana.

Forum Perdana dengan tajuk “Mukjizat Al-Quran” menampilkan Ustaz Sallehan Mukhyi dan Ustaz Mohd Erfino Johari selaku panel dan juga Ustaz Azam Hakimi sebagai moderator.

Forum yang diadakan di halaman Surau Al-Hidayah ini bermula pada jam 9.30 malam.

Kami menyediakan :

1. PA Sistem Set 2 Speaker
2. Digital Mixer
3. 3 unit mikrofon

Terima kasih kepada pihak pengurusan Surau Al Hidayah kerana sudi menggunakan servis kami dan semoga pihak surau berpuas hati dengan servis kami. inshaaAllah 😊

Bagi anda yang memerlukan PA sistem, visual dan lighting untuk majlis anda, boleh terus hubungi kami ya!

“Memenuhi Keperluan Audio Visual untuk Majlis Anda”