afeavrental-korean-day-1

AFEAVRental Meriahkan 2019 Korea Day Festival

AFEAVRENTAL MERIAHKAN 2019 KOREA DAY FESTIVAL

Pada 4 Oktober – 6 Oktober 2019 (Jumaat – Ahad), team AFEAVRental berada di kawasan Pintu Masuk Selatan IOI City Mall, Putrajaya bagi menyediakan keperluan PA sistem untuk 2019 Korea Day Festival yang diadakan di situ.

Bergegar pintu masuk belah selatan IOI City Mall, Putrajaya dengan bunyi yang dihasilkan oleh PA sistem kami. 😄😄

Kami menyediakan PA sistem yang terdiri daripada :
– 2 unit top speaker
– 2 unit subwoofer
– 2 unit monitor speaker
– 1 unit digital mixer

Festival ini adalah anjuran Korean Society in Malaysia dengan kerjasama pelbagai organisasi dari Korea. Ia juga diadakan bersempena dengan ulangtahun hubungan diplomatik Korea-Malaysia yang ke-60 tahun pada 2020.

Sepanjang 3 hari majlis tersebut, kami memasang playback lagu-lagu Korea dan juga secara tidak langsung menjadi semi-formal MC pada hari Sabtu dan Ahad.

Ini merupakan kali ke-2 pihak Korean Society in Malaysia menggunakan servis kami. Terima kasih di atas kepercayaan yang diletakkan kepada servis kami di AFEAVRental. Kami akan terus mencuba untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami! 😊

“Memenuhi Keperluan Audio Visual Untuk Majlis Anda”

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *