WhatsApp Image 2020-03-18 at 12.18.14 PM

PENUTUPAN OPERASI SEHINGGA 31 MAC 2020

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua pelanggan kami. Diharapkan semua berada di dalam keadaan yang sihat di musim wabak COVID-19 ini.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan , kami di Muazzin AV Retail & Services Sdn Bhd akan menutup operasi syarikat kami bermula HARI INI (18 MAC 2020) sehingga 31 MAC 2020.

Jadi, pejabat kami tidak akan beroperasi dan kerja-kerja troubleshooting pa sistem surau dan masjid juga akan dihentikan buat sementara waktu.

Bagi request dan permintaan baru melalui mana-mana media sosial kami akan dilayan SELEPAS 31 MAC 2020. Kerjasama dari pihak tuan-puan amat kami hargai.

Jaga diri dan kesihatan anda walau di mana anda berada.

Yang Benar,
Pihak Pengurusan Muazzin AV Retail & Services Sdn Bhd

WhatsApp Image 2020-03-18 at 12.03.27 PM

TERIMA KASIH FRONTLINER KKM!

Kami di Muazzin AV Retail & Services ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada pegawai-pegawai kesihatan yang sentiasa bertungkus lumus melakukan yang terbaik dalam merawat dan mencegah COVID-19 ini.

Buat rakyat Malaysia , jangan panik. InshaaAllah kita doakan yang terbaik dan semoga COVID-19 ini dapat ditangani dalam masa terdekat. Semoga Allah selamatkan negara Malaysia dan juga rakyat seluruh dunia, Amiin.

Sentiasa jaga diri dan kesihatan serta sentiasa peka dengan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

#terimakasihfrontlinerKKM #COVID-19