AFEAVRENTAL DI MAJLIS AMAL & BERBUKA PUASA MMYC
Pada 20 Mei 2018 bersamaan dengan 4 Ramadhan 1439H, team AFEAVRental berada di Dewan Komuniti Sentul Perdana bagi menyediakan keperluan PA Sistem untuk Majlis Amal & Berbuka Puasa.
Majlis ini adalah anjuran pihak MMYC yang dikenali sebagai Malaysian Muslim Youth Club atau Kelab Belia Muslim Malaysia.
Kami menyediakan PA Sistem berserta 10 unit speaker untuk majlis yang memuatkan 1200 orang tetamu ini.
Majlis ini juga dirasmikan oleh Ahli Parlimen Muar, iaitu YB Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman.
Terima kasih diucapkan kepada pihak MMYC kerana sudi menggunakan servis kami. 😊