afeavrental-little-caliph-talent-day-4

AFEAVRental Di Little Caliph Talent Day 2019

AFEAVRENTAL DI LITTLE CALIPH TALENT DAY 2019

Pada 15 September 2019 (Ahad) yang lepas, team AFEAVRental berada di Dewan Serbaguna Masjid Al-Umm, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi bagi menyediakan keperluan audio visual dan juga lighting untuk Little Caliph Talent Day.

Program Talent Day ini merupakan program di mana kanak-kanak Little Caliph membuat persembahan dan menyerlahkan bakat tersembunyi dalam kalangan peserta.

Kami menyediakan :
1. PA Sistem 2 Speaker
2. Wireless mic
3. Lighting
4. 1 unit projektor

Terima kasih kepada pihak Little Caliph yang sudi menggunakan servis kami.

Bagi anda yang menginginkan keperluan audio visual juga lighting untuk majlis anda, boleh terus hubungi kami ya !

 

20190916 hari malaysia

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2019

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2019

Pada tarikh 16 September ini, kami di Muazzin AV Retail & Services Sdn Bhd dan Group of Services ingin mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2019

kepada semua rakyat Malaysia. Semoga tanah air kita sentiasa dirahmati Allah, terus maju ke hadapan dan sentiasa berada di dalam keadaan aman damai. In shaa Allah 😊

SELAMAT HARI MALAYSIA!

Ikhlas daripada kami,
www.alunanfirdausi.com
www.pasystemmasjid.com
www.djislamik.com
www.afeavrental.com

20190909-birthday-agong

Penutupan Operasi Bersempena Cuti Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong

PENUTUPAN OPERASI BERSEMPENA CUTI HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG

Assalamualaikum semua.

Kami di Muazzin AV Retail & Services Sdn Bhd dan Group of Services ingin merafak sembah serta ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Baginda pada 9 September 2019 bersamaan 9 Muharram 1441H.

Kami mendoakan agar Allah sentiasa merahmati dan memberkati Yang di-Pertuan Agong.

DAULAT TUANKU

————————————————————————————————————

Buat pengetahuan semua, kami akan bercuti dan tidak akan beroperasi pada 9 September 2019 (Isnin) bersempena dengan Hari Keputeraan Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI.

Kami akan beroperasi semula pada 10 September 2019 (Selasa).

Ikhlas daripada kami,

www.alunanfirdausi.com
www.pasystemmasjid.com
www.djislamik.com
www.afeavrental.com