PRAY FOR PASIR GUDANG

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pencemaran kimia yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang mengakibatkan sekolah-sekolah berdekatan diarahkan tutup. Pencemaran ini telah menyebabkan pelajar sekolah terdedah kepada bahaya dan masalah kesihatan yang membimbangkan.

Terkini, sebanyak 111 sekolah di daerah Pasir Gudang telah diarahkan tutup bagi mengelakkan situasi menjadi lebih parah.

Semoga pihak bertanggungjawab di atas kejadian ini dihadapkan ke muka pengadilan. Bukan sahaja kesannya terkena pada manusia, alam flora & fauna juga terjejas sama.

Kami di Muazzin AV Retail & Services mendoakan agar masalah ini dapat diatasi dengan segera supaya masyarakat di Pasir Gudang dapat menjalani kehidupan seperti biasa. InshaaAllah..

Mendoakan komuniti Pasir Gudang dari jauh,
www.alunanfirdausi.com
www.pasystemmasjid.com
www.djislamik.com
www.afeavrental.com

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *