internposter

Apa Yang Best Intern di Muazzin AV Retail & Services Sdn Bhd

APA YANG BEST INTERN DI MUAZZIN AV RETAIL & SERVICES SDN BHD?

Assalamualaikum semua.

Bagi calon yang masih lagi tercari-cari dan belum mendapat tempat untuk latihan industri, jom sertai internship di syarikat kami!

https://youtu.be/F9ZeEHnCaBk

KENAPA PERLU INTERN DI MUAZZIN AV RETAIL & SERVICES?
1. Pengalaman Kerja Yang Sebenar
2. Elaun Disediakan Oleh Syarikat
3. Workstation Disediakan
4. Supervisor Yang Berpengalaman
5. Knowledge Tambahan Berkenaan PA Sistem dan Audio Visual

Kami mencari intern dalam bidang :
1. ADMIN, HR & ACCOUNT
2. IT & BRANDING
3. CUSTOMER RELATION
4. AUDIO VISUAL TECHNICAL TEAM (AV TECH)
5. ACTUARY SCIENCE

Berminat dan nak tahu lebih lanjut?

Boleh dropkan resume anda ke email : huda@alunanfirdausi.com

atau hubungi kami di :

Pejabat : 03-87334708
Whatsapp : 019-6147858

#alunanfirdausi #afepasistem #afeavrental #afedjislamik #afe #internship

bukasekolah

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!

2 Januari 2019

Tahun baharu 2020 dah pun tiba. Hari ini sudah pasti ramai yang teruja terutama adik-adik kita yang buat pertama kali memulakan sesi persekolahan. Tidak kira peringkat pra-sekolah, taska, sekolah rendah mahupun menengah.

Buat adik-adik, selamat menjalani sesi pembelajaran dan terus cemerlang dalam apa juga yang dilakukan , akademik mahupun kokurikulum. Tidak lupa juga kepada semua guru, selamat menjalankan tugas menabur bakti kepada anak bangsa kita. ๐Ÿ’ช๐Ÿผ

Akhir kata, kami di Muazzin AV Retail & Services ingin mengucapkan,

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH! ๐Ÿ˜Š

#selamatkembalikesekolah #alunanfirdausi #afepasistem #afedjislamik #afeavrental #afe

tahunbaru

SELAMAT TAHUN BARU 2020!

2019 bakal berakhir dan 2020 kini menjelang tiba.

Kami di Muazzin AV Retail & Services serta Group of Services ingin mengucapkan,

“SELAMAT TAHUN BARU 2020”

buat seluruh rakyat Malaysia.

Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, lebih banyak impian kita dapat dicapai dan semoga kami juga dapat memberikan yang terbaik kepada masyarakat melalui servis kami.

Segala apa yang berlaku di tahun 2019 dapat memberi pengajaran dan pedoman dalam mengharungi tahun 2020.

Kami juga doakan anda semua dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan terhindar dari sifat mazmumah serta dijauhkan daripada istidraj, inshaaAllah.. ๐Ÿ˜Š

Selamat bercuti dan selamat meluangkan masa bersama yang tersayang.

Kami tidak akan beroperasi pada 1 Januari 2020 (Rabu) dan akan beroperasi seperti biasa pada esok (Khamis – 2 Januari 2020).

Ikhlas daripada,

Muazzin AV Retail & Services Sdn Bhd
www.alunanfirdausi.com
www.pasystemmasjid.com
www.afeavrental.com
www.djislamik.com

#selamattahunbaru #2020 #alunanfirdausi #afepasistem #afeavrental #afedjislamik #afe

calon-spm

Tahniah Buat Semua Calon SPM 2018

TAHNIAH BUAT SEMUA CALON SPM 2018!

Kami di Muazzin AV Retail & Services ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 di atas keputusan yang dikecapi. ๐Ÿ˜Š

Anda telah lakukan sehabis baik di atas usaha kalian dan ini hanyalah permulaan. Kami doakan agar anda terus cemerlang di dalam apa sahaja yang anda lakukan.

Selamat maju jaya! ๐Ÿ’ช๐Ÿผ

Ikhlas dari,ย 
www.alunanfirdausi.com
www.pasystemmasjid.com
www.djislamik.com
www.afeavrental.com

 

postpasir

Pray for Pasir Gudang

PRAY FOR PASIR GUDANG

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pencemaran kimia yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang mengakibatkan sekolah-sekolah berdekatan diarahkan tutup. Pencemaran ini telah menyebabkan pelajar sekolah terdedah kepada bahaya dan masalah kesihatan yang membimbangkan.

Terkini, sebanyak 111 sekolah di daerah Pasir Gudang telah diarahkan tutup bagi mengelakkan situasi menjadi lebih parah.

Semoga pihak bertanggungjawab di atas kejadian ini dihadapkan ke muka pengadilan. Bukan sahaja kesannya terkena pada manusia, alam flora & fauna juga terjejas sama.

Kami di Muazzin AV Retail & Services mendoakan agar masalah ini dapat diatasi dengan segera supaya masyarakat di Pasir Gudang dapat menjalani kehidupan seperti biasa. InshaaAllah..

Mendoakan komuniti Pasir Gudang dari jauh,
www.alunanfirdausi.com
www.pasystemmasjid.com
www.djislamik.com
www.afeavrental.com

 

20190205 tahun baru cina

Selamat Tahun Baru Cina 2019

Assalamualaikum semua..

Kami di Muazzin AV Retail & Services Sdn Bhd ingin mengucapkan

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2019

kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kepada kaum Cina yang menyambut perayaan ini.

Semoga dengan kehadiran Tahun Baru Cina ini, anda dapat meraikannya bersama keluarga dan orang yang tersayang.

Buat yang pulang ke kampung, semoga selamat tiba di destinasi anda dan selamat bercuti!

Ikhlas daripada kami,

www.alunanfirdausi.com
www.pasystemmasjid.com
www.afeavrental.com
www.djislamik.com

20190205 tahun baru cina

Penutupan Operasi Sempena Cuti Tahun Baru Cina 2019

Assalamualaikum semua..

Bersempena dengan cuti Tahun Baru Cina 2019 , syarikat kami tidak akan beroperasi pada 5 dan 6 Februari 2019 (Selasa hingga Rabu) dan
hanya akan beroperasi semula pada hari Khamis (7 Februari 2019)

Selamat bercuti kepada semua dan manfaatkan cuti yang terluang ini bersama yang tersayang.

SELAMAT TAHUN BARU CINA!

Ikhlas daripada kami,

www.alunanfirdausi.com
www.pasystemmasjid.com
www.afeavrental.com
www.djislamik.com

alunan-firdausi-1

Sumbangan Alunan Firdausi untuk Palu

TERIMA KASIH KEPADA CUSTOMER AFE KERANA MENJADIKAN KAMI RELEVAN KEPADA KOMUNITI

Kita dikejutkan dengan berita sedih yang menimpa negara jiran kita, iaitu bencana tsunami dan gempa bumi yang melanda Palu, Indonesia pada 28 September yang lepas.

Kami di Alunan Firdausi & Group of Services ada menyatakan bahawa 5% daripada sales revenue kami sepanjang bulan Oktober 2018 iaitu RM1500 akan disumbangkan kepada saudara kita di sana melalui NGO MyCare.

Kami menyokong hasrat murniย MyCAREย dalam usaha membantu dan menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada negara-negara yang memerlukan bantuan akibat dilanda perang, bencana alam dan juga tiada tempat tinggal.

MyCare juga bergerak aktif di Malaysia bagi membantu rakyat Malaysia yang ditimpa kesusahan tanpa mengira bangsa dan agama.

Semoga dengan sumbangan kecil kami dalam menyokong usaha MyCare ini, lebih banyak saudara ataupun masyarakat dapat dibantu agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna sebagaimana kita semua.

Terima kasih MyCare kerana telah membuka ruang untuk kami menjalankan tanggungjawab kami atas dasar kemanusiaan. Terima kasih juga buat customer kami yang menjadi asbab kami dapat menyumbang kepada komuniti dan moga ini menjadi satu jalan untuk kita semua mendapat pahala berterusan, Amiin.

Semoga dengan langkah ini, kami diberi peluang untuk membantu lebih ramai masyarakat dan saudara dalam menjalani kehidupan yang akan datang, in Shaa Allah.

Salam Maulidur Rasul 1440 Hijrah

SALAM MAULIDUR RASUL 1440 HIJRAH

Kami di Alunan Firdausi & Group of Services ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1440H kepada anda semua.

Bersempena dengan hari kelahiran baginda Rasullullah S.A.W, marilah kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad.

Semoga kita dapat terus melahirkan kecintaan kita kepada Rasulullah dengan mengamalkan sunnah-sunnah yang telah diajarkan kepada kita, in shaa Allah.

Yang ikhlas,

www.alunanfirdausi.com
www.pasystemmasjid.com
www.afeavrental.com
www.djislamik.com