WhatsApp Image 2019-08-24 at 11.40.26 AM

AFEAVRental Di Majlis Perasmian Dan Pelancaran Projek YSS Perpustakaan Mini & Tuition Mission Percuma Golongan B40 PPR 2019

AFEAVRENTAL DI MAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN PROJEK YSS PERPUSTAKAAN MINI & TUITION MISSION PERCUMA GOLONGAN B40 PPR 2019

Pada 24 Ogos 2019 (Sabtu), team AFEAVRental berada di PPR Lembah Subang 2 bagi menyediakan keperluan audio visual bersempena dengan Majlis Perasmian dan Pelancaran Projek YSS Perpustakaan Mini & Tuition Mission Percuma Golongan B40 PPR 2019.

 

Majlis ini dirasmikan oleh YB Dr. Maszlee Bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.

Kami menyediakan :
1. Backdrop Printing dan Truss
2. 2 unit TV 50″ inci
3. PA SIstem Set 4 Speaker
4. 2 unit monitor speaker
5. Rostrum
6. SCP (Single Camera Production)

  

Terima kasih kepada pihak Yayasan Sukarelawan Siswa kerana sudi menggunakan servis kami. 😊

“Menyediakan Keperluan Audio Visual Untuk Majlis Anda”

mkd

AFEAVRental Di Masjid Kota Damansara

AFEAVRENTAL DI MASJID KOTA DAMANSARA

Assalamualaikum semua.

Pada 17 Ogos 2019 (Sabtu), team AFEAVRental berada di Masjid Kota Damansara.

Kami menyediakan keperluan cabling untuk visual bersempena dengan program Kuliah Maghrib Khas bersama dengan Ustaz Azhar Idrus.

Kredit gambar: Facebook Masjid Kota Damansara

Terima kasih kepada pihak Masjid Kota Damansara kerana sudi menggunakan servis kami.

Bagi anda yang memerlukan keperluan audio visual untuk majlis anda, jangan segan-segan untuk hubungi kami ya!

“Memenuhi Keperluan Audio Visual Untuk Majlis Anda”

67067829_2536949369668741_4867004219103641600_n

AFEAVRental di ARBA Foundation untuk Projek Susu Ibu

AFEAVRENTAL DI ARBA FOUNDATION

Pada 13 Julai 2019 (Sabtu), team AFEAVRental berada di Arba Foundation bagi menyediakan keperluan PA Sistem.

Kredit gambar : Arba Foundation

Kami menyediakan PA Sistem Set 2 speaker bagi program ‘Projek Susu Ibu’ yang dianjurkan hasil kerjasama ARBA Foundation dan juga Universiti Sains Malaysia ini. 😊

Program ini merupakan program latihan buat para Pembimbing Penyusuan bertauliah yang terpilih untuk menyertai Projek Susu Ibu.

Kredit gambar : Arba Foundation

Kami di AFEAVRental berasa bangga di atas penglibatan ARBA Foundation dalam usaha untuk membantu masyarakat yang di luar kemampuan. Semoga terus berjaya! 💪🏼

“Memenuhi Keperluan Audio Visual Untuk Majlis Anda”

Kredit gambar : Arba Foundation

 

20190811 aidiladha

Salam Aidiladha 1440H dan Penutupan Operasi

SALAM AIDILADHA 1440H DAN PENUTUPAN OPERASI SEMPENA AIDILADHA

Assalamualaikum semua. ☺

Kami di Muazzin AV Retail & Services Sdn Bhd ingin mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1440H

Buat semua umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci, kami doakan agar haji yang dilakukan mabrur dan mendapat keredhaan Allah.

Bagi anda yang melakukan ibadah korban, semoga ibadah korban anda diterima Allah..

Semoga kita semua berada di bawah rahmat dan lindungan Allah senantiasa.

Mari kita hayati sirah Nabi Ibrahim A.S dan anaknya, Nabi Ismail A.S dan semoga kisah ini dapat menjadikan kita hamba yang bertaqwa. Amiin. ☺

Untuk makluman semua, kami di Muazzin AV Retail & Services akan bercuti bersempena dengan Hari Raya Aidiladha. Di bawah adalah maklumat penutupan operasi:

Tarikh bercuti : 11 – 13 Ogos 2019 (Ahad – Selasa)
Tarikh kembali beroperasi : 14 Ogos 2019 (Rabu)

Selamat bercuti dan bagi anda yang akan pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya…

Salam Aidiladha !

Ikhlas daripada kami,

www.alunanfirdausi.com
www.pasystemmasjid.com
www.djislamik.com
www.afeavrental.com

20190810 hari arafah

Hari Arafah 1440H

Assalamualaikum semua.

Jom kita perbanyakkan berdoa bersempena hari Arafah esok, 9 Zulhijjah 1440H bersamaan dengan 10 Ogos 2019 (Sabtu).

Tarikh 9 Zulhijjah juga merupakan hari wukuf di Arafah bagi umat islam yang menjalankan ibadah haji.

Bagi anda yang berkemampuan dan berkelapangan, boleh juga melakukan ibadah puasa sunat bersempena dengan hari Arafah.

Semoga amalan kita semua diterima Allah SWT. in shaa allah 😊

20190616 hari bapa

Selamat Hari Bapa Buat Lelaki Yang Paling Istimewa

SELAMAT HARI BAPA BUAT LELAKI YANG PALING ISTIMEWA

Ayah, Bapak, Baba, Papa, Daddy, Abi, Abuya, Walid..

Ini adalah antara gelaran yang kita berikan kepada lelaki pertama dalam hidup kita, iaitu ayah.

Kami di Muazzin AV Retails & Services Sdn Bhd dan Group of Services ingin mengucapkan

SELAMAT HARI BAPA

khas buat semua bapa yang ada di dunia ini.

Terima kasih di atas segala di atas jasa, pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan kepada kami. Terima kasih kerana menjadi seorang ketua keluarga yang terbaik buat kami ❤

Semoga Allah sentiasa merahmati para bapa dalam apa jua yang kalian lakukan. Amiin…

Selamat Hari Bapa! 😊

#selamatharibapa #alunanfirdausi #afepasistem #afeavrental #afedjislamik #afe

20190605 aidilfiri

Salam Aidilfitri 1440H!

Riang sungguh rasa di hati,
Terbayang-bayang kampung halaman,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Setulus ikhlas kami ucapkan.

Kami di Muazzin AV Retail & Services Sdn Bhd dan Group of Services ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh rakyat Malaysia.

Walau dimana anda berada, semoga Aidilfitri kali ini memberi makna kepada anda dan juga keluarga.

Berhati-hati di jalan raya. Kami doakan agar anda selamat tiba di destinasi yang dituju. inshaaAllah

Selamat Hari Raya!

Ikhlas daripada kami,
www.alunanfirdausi.com
www.pasystemmasjid.com
www.afeavrental.com
www.djislamik.com

61223973_1938829122888955_9040801622870982656_n

AFEAVRental di Majlis Iftar Perdana Amal Hidayah Centre 2019

AFEAVRENTAL DI MAJLIS IFTAR PERDANA AMAL HIDAYAH CENTRE (MIPHC) 2019

Alhamdulillah, pada 25 Mei 2019 (Sabtu) bersamaan dengan 20 Ramadhan 1440H, team AFEAVRental berada di Majlis Iftar Perdana Amal Hidayah Centre Foundation yang berlangsung di Dewan Kristal, Telekom Malaysia (TM) Convention Centre, Kuala Lumpur.

Bertemakan “Sebarkan Rahmah, Santuni Ummah”, majlis ini bermula pada jam 6 petang.

Kami menyediakan :

1. 1 unit x Backdrop berukuran 24′ x 8′ 
2. 1 unit x TV 49″
3. 8 unit x Amber Lighting
4. MCP System 3 camera

Terima kasih kepada Hidayah Centre Foundation kerana sudi menggunakan servis kami.

Kredit Gambar : Hidayah Centre Foundation

“Memenuhi Keperluan Audio Visual Untuk Majlis Anda”

 

20190522 nuzul quran

Salam Nuzul Al-Quran 1440H

SALAM NUZUL QURAN 1440H

Assalamualaikum semua..

Kami di Muazzin AV Retail & Services Sdn Bhd ingin mengucapkan

Salam Nuzul Al-Quran 1440H

buat semua umat Islam di Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Al-Quran ini.

Ayuh perbanyakkan tadarus Al-Quran di bulan mulia ini dan semoga amalan ini dapat dipraktikkan sepanjang masa inshaaAllah.

Semoga kita semua dirahmati Allah sentiasa, Amiin.

Salam Nuzul Al-Quran!

Ikhlas dari kami,

www.alunanfirdausi.com
www.pasystemmasjid.com
www.afeavrental.com
www.djislamik.com

 

20190516 hari-guru-2019

Selamat Hari Guru 2019!

GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI”

Jalan-jalan bersama Intan, 
Pergi ke Kedah mencari makan, 
Buat warga pendidik sekalian, 
Selamat Hari Guru kami ucapkan.

Kami di Muazzin AV Retail & Services and Group of Services ingin mengucapkan

SELAMAT HARI GURU 2019

buat warga pendidik seluruh Malaysia.

Selain dengan panggilan cikgu, panggilan seperti teacher, sir, ustaz, ustazah, muallim, muallimah dan sebagainya kita berikan kepada insan yang bergelar guru..

Tidak kira guru tadika, sekolah mahupun di peringkat universiti, terima kasih di atas pengorbanan dan sumbangan ilmu yang dicurahkan kepada kami.

Semoga kalian tidak pernah jemu dalam mendidik anak bangsa yang bakal menerajui negara satu hari nanti.

Terima kasih cikgu! 😊

Ikhlas dari kami, 
www.alunanfirdausi.com
www.pasystemmasjid.com
www.djislamik.com
www.afeavrental.com

“Hati Ceria, Islam Terpelihara”