20190811 aidiladha

Salam Aidiladha 1440H dan Penutupan Operasi

SALAM AIDILADHA 1440H DAN PENUTUPAN OPERASI SEMPENA AIDILADHA

Assalamualaikum semua. ☺

Kami di Muazzin AV Retail & Services Sdn Bhd ingin mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1440H

Buat semua umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci, kami doakan agar haji yang dilakukan mabrur dan mendapat keredhaan Allah.

Bagi anda yang melakukan ibadah korban, semoga ibadah korban anda diterima Allah..

Semoga kita semua berada di bawah rahmat dan lindungan Allah senantiasa.

Mari kita hayati sirah Nabi Ibrahim A.S dan anaknya, Nabi Ismail A.S dan semoga kisah ini dapat menjadikan kita hamba yang bertaqwa. Amiin. ☺

Untuk makluman semua, kami di Muazzin AV Retail & Services akan bercuti bersempena dengan Hari Raya Aidiladha. Di bawah adalah maklumat penutupan operasi:

Tarikh bercuti : 11 – 13 Ogos 2019 (Ahad – Selasa)
Tarikh kembali beroperasi : 14 Ogos 2019 (Rabu)

Selamat bercuti dan bagi anda yang akan pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya…

Salam Aidiladha !

Ikhlas daripada kami,

www.alunanfirdausi.com
www.pasystemmasjid.com
www.djislamik.com
www.afeavrental.com

20190810 hari arafah

Hari Arafah 1440H

Assalamualaikum semua.

Jom kita perbanyakkan berdoa bersempena hari Arafah esok, 9 Zulhijjah 1440H bersamaan dengan 10 Ogos 2019 (Sabtu).

Tarikh 9 Zulhijjah juga merupakan hari wukuf di Arafah bagi umat islam yang menjalankan ibadah haji.

Bagi anda yang berkemampuan dan berkelapangan, boleh juga melakukan ibadah puasa sunat bersempena dengan hari Arafah.

Semoga amalan kita semua diterima Allah SWT. in shaa allah 😊

20190730-pertabalan-agong

Penutupan Operasi Sempena Hari Pertabalan Agong ke-16

PENUTUPAN OPERASI SEMPENA HARI PERTABALAN AGONG YANG KE-16

Assalamualaikum semua. Buat semua pelanggan kami, kami di Muazzin AV Retail & Services Sdn Bhd serta Group of Services akan tidak beroperasi pada hari Selasa (30 Julai 2019) bersempena dengan Hari Pertabalan Agong Yang ke-16 .

Kami akan kembali beroperasi seperti biasa pada hari Rabu (31 Julai 2019)

Kami merafak sembah tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XVI AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH

di atas pertabalan ini.

Daulat Tuanku!

Ikhlas daripada kami,
www.alunanfirdausi.com
www.pasystemmasjid.com
www.djislamik.com
www.afeavrental.com

20190616 hari bapa

Selamat Hari Bapa Buat Lelaki Yang Paling Istimewa

SELAMAT HARI BAPA BUAT LELAKI YANG PALING ISTIMEWA

Ayah, Bapak, Baba, Papa, Daddy, Abi, Abuya, Walid..

Ini adalah antara gelaran yang kita berikan kepada lelaki pertama dalam hidup kita, iaitu ayah.

Kami di Muazzin AV Retails & Services Sdn Bhd dan Group of Services ingin mengucapkan

SELAMAT HARI BAPA

khas buat semua bapa yang ada di dunia ini.

Terima kasih di atas segala di atas jasa, pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan kepada kami. Terima kasih kerana menjadi seorang ketua keluarga yang terbaik buat kami ❤

Semoga Allah sentiasa merahmati para bapa dalam apa jua yang kalian lakukan. Amiin…

Selamat Hari Bapa! 😊

#selamatharibapa #alunanfirdausi #afepasistem #afeavrental #afedjislamik #afe

20190605 aidilfiri

Penutupan Operasi Sempena Hari Raya Aidilfitri

PENUTUPAN OPERASI SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum semua

Untuk makluman, kami di Muazzin AV Retail & Services Sdn Bhd tidak akan beroperasi dari 4 Jun 2019 (Selasa) sehingga 9 Jun 2019 (Ahad) bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri pada 5 dan 6 Jun 2019.

Kami akan beroperasi seperti biasa pada 10 Jun 2019 (Isnin).

Selamat bercuti kepada semua dan manfaatkan cuti yang terluang ini bersama yang tersayang.

SELAMAT HARI RAYA!

Ikhlas daripada kami,

www.alunanfirdausi.com
www.pasystemmasjid.com
www.afeavrental.com
www.djislamik.com

 

20190605 aidilfiri

Salam Aidilfitri 1440H!

Riang sungguh rasa di hati,
Terbayang-bayang kampung halaman,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Setulus ikhlas kami ucapkan.

Kami di Muazzin AV Retail & Services Sdn Bhd dan Group of Services ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh rakyat Malaysia.

Walau dimana anda berada, semoga Aidilfitri kali ini memberi makna kepada anda dan juga keluarga.

Berhati-hati di jalan raya. Kami doakan agar anda selamat tiba di destinasi yang dituju. inshaaAllah

Selamat Hari Raya!

Ikhlas daripada kami,
www.alunanfirdausi.com
www.pasystemmasjid.com
www.afeavrental.com
www.djislamik.com

61223973_1938829122888955_9040801622870982656_n

AFEAVRental di Majlis Iftar Perdana Amal Hidayah Centre 2019

AFEAVRENTAL DI MAJLIS IFTAR PERDANA AMAL HIDAYAH CENTRE (MIPHC) 2019

Alhamdulillah, pada 25 Mei 2019 (Sabtu) bersamaan dengan 20 Ramadhan 1440H, team AFEAVRental berada di Majlis Iftar Perdana Amal Hidayah Centre Foundation yang berlangsung di Dewan Kristal, Telekom Malaysia (TM) Convention Centre, Kuala Lumpur.

Bertemakan “Sebarkan Rahmah, Santuni Ummah”, majlis ini bermula pada jam 6 petang.

Kami menyediakan :

1. 1 unit x Backdrop berukuran 24′ x 8′ 
2. 1 unit x TV 49″
3. 8 unit x Amber Lighting
4. MCP System 3 camera

Terima kasih kepada Hidayah Centre Foundation kerana sudi menggunakan servis kami.

Kredit Gambar : Hidayah Centre Foundation

“Memenuhi Keperluan Audio Visual Untuk Majlis Anda”

 

20190522 nuzul quran

Salam Nuzul Al-Quran 1440H

SALAM NUZUL QURAN 1440H

Assalamualaikum semua..

Kami di Muazzin AV Retail & Services Sdn Bhd ingin mengucapkan

Salam Nuzul Al-Quran 1440H

buat semua umat Islam di Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Al-Quran ini.

Ayuh perbanyakkan tadarus Al-Quran di bulan mulia ini dan semoga amalan ini dapat dipraktikkan sepanjang masa inshaaAllah.

Semoga kita semua dirahmati Allah sentiasa, Amiin.

Salam Nuzul Al-Quran!

Ikhlas dari kami,

www.alunanfirdausi.com
www.pasystemmasjid.com
www.afeavrental.com
www.djislamik.com

 

20190516 hari-guru-2019

Selamat Hari Guru 2019!

GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI”

Jalan-jalan bersama Intan, 
Pergi ke Kedah mencari makan, 
Buat warga pendidik sekalian, 
Selamat Hari Guru kami ucapkan.

Kami di Muazzin AV Retail & Services and Group of Services ingin mengucapkan

SELAMAT HARI GURU 2019

buat warga pendidik seluruh Malaysia.

Selain dengan panggilan cikgu, panggilan seperti teacher, sir, ustaz, ustazah, muallim, muallimah dan sebagainya kita berikan kepada insan yang bergelar guru..

Tidak kira guru tadika, sekolah mahupun di peringkat universiti, terima kasih di atas pengorbanan dan sumbangan ilmu yang dicurahkan kepada kami.

Semoga kalian tidak pernah jemu dalam mendidik anak bangsa yang bakal menerajui negara satu hari nanti.

Terima kasih cikgu! 😊

Ikhlas dari kami, 
www.alunanfirdausi.com
www.pasystemmasjid.com
www.djislamik.com
www.afeavrental.com

“Hati Ceria, Islam Terpelihara”

 

59866931_686097691843610_4304876404027162624_o

AFEAVRental di Majlis Iftar Amal MMYC 2019

AFEAVRENTAL DI MAJLIS IFTAR AMAL MMYC 2019

Pada 11 Mei 2019 (Sabtu) bersamaan dengan 6 Ramadhan 1440H, team AFEAVRental berada di Pusat Komuniti Sentul Perdana, Kuala Lumpur bagi menyediakan keperluan audio untuk Majlis Iftar Amal MMYC 2019.

Bermula dari pukul 6.00 petang, majlis diadakan dengan penuh rasa syukur dan meriah. Kami menyediakan PA Sistem Set 4 Speaker sepanjang majlis.

Terima kasih sekali lagi kepada pihak MMYC yang sudi menggunakan servis kami. Ini adalah kali kedua pihak MMYC menggunakan servis AFEAVRental. Terima kasih di atas sokongan selama ini.

Kredit Foto : MhhR & MMYC Public

“Memenuhi Keperluan Audio Visual Untuk Majlis Anda”