WhatsApp Image 2020-02-18 at 12.35.35 PM

AFEAVRENTAL DI MAJLIS PERKAHWINAN HELMI DAN DALILA

Pada 14 Februari 2020, team AFEAVRental berada di Multi Purpose Hall, Tropicana Grande, Petaling Jaya bagi menyediakan keperluan PA Sistem untuk majlis perkahwinan.

Kami menyediakan PA Sistem:
– Set 2 speaker
– Wireless mic

untuk majlis perkahwinan Helmi & Dalila yang berlangsung pada 15 Februari 2020 (Sabtu). Kami di AFEAVRental mengucapkan terima kasih di atas kesudian menggunakan servis kami.

Kami juga ingin mengucapkan tahniah dan semoga rumahtangga Helmi & Dalila berkekalan hingga ke Jannah.. Amiin. 😊

“Memenuhi Keperluan Audio Visual Untuk Majlis Anda”

#afeavrental #avrental #audiovisualrental #audio #visual #rental #pasystem #pasistem #wirelessmic #speaker #alunanfirdausi #afe

cny

PENUTUPAN OPERASI SEMPENA TAHUN BARU CINA 2020

Assalamualaikum semua..

Kami di Muazzin AV Retail & Services Sdn Bhd dan Group of Services ingin mengucapkan

β€œSELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2020”

Gong Xi Fa Chai, Xien Nin Quai Ler! 😊

Semoga cuti yang ada ini dapat dimanfaatkan bersama keluarga, rakan-rakan dan orang yang tersayang.

Bagi yang dalam perjalanan pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat tiba ke destinasi yang dituju.

Bersempena dengan cuti Tahun Baru Cina 2020 , kami akan menutup operasi syarikat pada tarikh berikut :

Tarikh : 25 & 27 Januari 2020 (Sabtu & Isnin)

Kami hanya akan beroperasi semula pada hari Selasa (28 Januari 2020) inshaaAllah

SELAMAT TAHUN BARU CINA! 😊

Ikhlas daripada kami,

Muazzin AV Retail & Services Sdn Bhd and Group of Services,
www.alunanfirdausi.com
www.pasystemmasjid.com
www.afeavrental.com
www.djislamik.com

#happychinesenewyear #CNY #alunanfirdausi #afepasistem #afeavrental #afedjislamik #afe

ausjakarta

KEBAKARAN DI AUSTRALIA DAN BANJIR DI JAKARTA

Baru-baru ini satu dunia digemparkan dengan bencana besar yang melanda dua buah negara iaitu Australia dan Indonesia.

Kebakaran di Australia melibatkan beberapa buah kawasan antaranya termasuklah New South Wales, Victoria dan juga Sydney. Kebakaran ini adalah antara yang teruk pernah berlaku di negara itu. Banyak haiwan terkorban serta harta benda yang musnah di dalam tragedi ini.

Semoga rakyat Australia bertabah dan sabar di atas apa yang berlaku. Dimaklumkan juga baru-baru ini hujan turun di kawasan Victoria dan juga selatan New South Wales. (Sumber : Nine News Australia Youtube) Semoga dengan hujan yang turun dapat sedikit sebanyak membantu pihak berkuasa Australia dalam usaha memadamkan api kebakaran ini.

Tidak dilupakan juga buat saudara kita yang berada di Indonesia diuji dengan banjir besar yang melanda kawasan Jakarta, Banten dan juga Jabar. Setakat 5 Januari 2020 , jumlah korban bertambah menjadi 60 orang. (Sumber Badan Nasional Penanggulangan Bencana – BNPB)

Marilah sama-sama kita mendoakan agar urusan saudara kita dipermudahkan di sana. Semoga kalian tabah dan sabar di atas ujian ini.

Sumber :
Kebakaran di Australia : https://youtu.be/4FBSV0y_ozY
Banjir di Indonesia : https://www.bbc.com/indonesia/indonesia-50962493

#australia #indonesia

bukasekolah

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!

2 Januari 2019

Tahun baharu 2020 dah pun tiba. Hari ini sudah pasti ramai yang teruja terutama adik-adik kita yang buat pertama kali memulakan sesi persekolahan. Tidak kira peringkat pra-sekolah, taska, sekolah rendah mahupun menengah.

Buat adik-adik, selamat menjalani sesi pembelajaran dan terus cemerlang dalam apa juga yang dilakukan , akademik mahupun kokurikulum. Tidak lupa juga kepada semua guru, selamat menjalankan tugas menabur bakti kepada anak bangsa kita. πŸ’ͺ🏼

Akhir kata, kami di Muazzin AV Retail & Services ingin mengucapkan,

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH! 😊

#selamatkembalikesekolah #alunanfirdausi #afepasistem #afedjislamik #afeavrental #afe

tahunbaru

SELAMAT TAHUN BARU 2020!

2019 bakal berakhir dan 2020 kini menjelang tiba.

Kami di Muazzin AV Retail & Services serta Group of Services ingin mengucapkan,

“SELAMAT TAHUN BARU 2020”

buat seluruh rakyat Malaysia.

Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, lebih banyak impian kita dapat dicapai dan semoga kami juga dapat memberikan yang terbaik kepada masyarakat melalui servis kami.

Segala apa yang berlaku di tahun 2019 dapat memberi pengajaran dan pedoman dalam mengharungi tahun 2020.

Kami juga doakan anda semua dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan terhindar dari sifat mazmumah serta dijauhkan daripada istidraj, inshaaAllah.. 😊

Selamat bercuti dan selamat meluangkan masa bersama yang tersayang.

Kami tidak akan beroperasi pada 1 Januari 2020 (Rabu) dan akan beroperasi seperti biasa pada esok (Khamis – 2 Januari 2020).

Ikhlas daripada,

Muazzin AV Retail & Services Sdn Bhd
www.alunanfirdausi.com
www.pasystemmasjid.com
www.afeavrental.com
www.djislamik.com

#selamattahunbaru #2020 #alunanfirdausi #afepasistem #afeavrental #afedjislamik #afe