CSR AFEAVRENTAL BERSAMA WARGA PENDIDIK PUSAT PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI FLETCHER KUALA LUMPUR

Kami di AFEAVRental berbesar hati dapat menyumbang dan turut menjayakan Hari Keluarga Warga Pendidik PPKI Fletcher pada 17 November yg lepas bertempat di Elmira Banglo Zooview, Ampang.

PPKI adalah akronim kepada Pusat Pendidikan Khas Integrasi yang menempatkan kanak-kanak dengan keupayaan yang istimewa. Usaha keras seluruh warga PPKI Fletcher dalam membantu, menyantuni dan mencorak perkembangan anak2 khas dan istimewa sangat kami kagumi. Anak-anak inilah yang perlu kita bantu supaya mereka juga dapat membesar dan menerima pendidikan yang sempurna sebagaimana kanak-kanak yang lain.

Sumbangan kami yang kecil dalam bentuk kelengkapan audio (set pa sistem 2 speaker) diharap dapat menggembirakan warga pendidik dan meraikan usaha gigih mereka selama ini.

Terima kasih juga PPKI Fletcher kerana memberi ruang untuk tanggungjawab komuniti ini dan doakan kami terus berkembang dan dapat memberi sumbangan dan manfaat yang lebih besar kepada komuniti pada masa akan datang.

#afeavrental #ppkifletcher #alunanfirdausi #afe

Categories: Berita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *